SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS

Seawal tahun 1926, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Bayan Lepas.Sekolah ini pada asalnya mempunyai 2 cawangan iaitu bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2, mereka belajar di sekolah yang sekarang ini di kenali sebagi SRJK (T) Bayan Lepas manakala Tahun 3 hingga Tahun 6 , mereka ditempatkan di sekolah yang ada sekarang ini.
Sekolah Umum Bayan Lepas ditukar nama kepasa Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas pada tahun 1957. Sekolah ini mula beroperasi sebagai gedung ilmu bagi orang ramai.Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas terletak kira-kira 16km dari Bandaraya Georgetown.
Bangunan asal sekolah Kebangsaan Bayan Lepas terdiri daripada 3 bangguan kayu , 2 bangunan dijadikan 2 buat Stream School dan 1bangunan sekolah umum. Sekolah ini mempunyai kuarters guru.Selepas merdeka, English Stream School dipindahkan ke Lapangan Terbang Bayan Lepas yang ada sekarang dan kemudian dipindahkan ke Bayan Baru dan diberinama Sekolah Kebangsaan Seri Permai.Semenjak berpindahnya English Stream School , maka Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas kekal hingga ke hari ini dengan wajah baru

NOSTALGIA SKBL